Notis Privasi

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk tujuan mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersil. Akta ini merangkumi semua syarikat dan firma yang ditubuhkan di Malaysia, untuk memaklumkan anda tentang hak-hak berkenaan dengan data peribadi anda yang dikumpul, direkodkan, digunakan atau disimpan oleh pihak kami. Akta ini juga menetapkan bahawa kami perlu terlebih dahulu perlu mendapat kebenaran anda untuk segala pemprosesan data peribadi anda. 
 
Sekiranya kami tidak menerima maklum balas daripada anda berkenaan dengan perkara di atas, kami akan menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan Terma & Syarat Perlindungan Data Peribadi dan telah memberi kebenaran kepada pihak kami untuk memproses data peribadi anda setelah anda melayari laman web ini.
 
EKA Foodstuff Sdn Bhd adalah teguh dalam komitmen kami untuk melindungi dan menjaga privasi Data Peribadi anda. Kami hanya mengambil, merekod, memegang, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi seperti yang termaktub di bawah:  
 
Anda bebas melayari laman web kami, www.eka.com.my dan laman sosial kami tanpa memberikan data peribadi anda dan kami tidak boleh mengetahui data peribadi anda. Kami hanya bolek akses kepada laman sosial apabila anda membuat tindaklaku seperti “share/ like/ comment”. Ini hanya terhad kepada konfigurasi di dalam akaun laman sosial anda.
 
Kami memperolehi data peribadi anda daripada anda secara langsung apabila anda memberikan maklumat peribadi kepada kami, contohnya melalui penyertaan pertandingan/ peraduan, pameran, aktiviti atau kempen kami, membeli produk atau perkhidmatan daripada kami, mendaftar untuk menerima maklumat, melalui pusat panggilan, pihak ketiga yang dilantik oleh EKA Foodstuff Sdn Bhd, menggunakan aplikasi kami, mengisi kaji selidik, program mesej SMS dan lain-lain sumber pengumpul data pihak ketiga.
 
Dalam laman web ini, kami mengumpulkan maklumat di bawah:
 
a) Data hubungan peribadi - data yang memudahkan kami menghubungi anda secara peribadi seperti nama, alamat rumah atau surat-menyurat, nombor telefon atau alamat e-mel anda. Dalam situasi yang jarang berlaku , ini termasuk data yang anda berikan kepada kami tentang individu lain (contohnya, anda mengemukakan alamat e-mel kawan bagi program, sila beritahu kawan anda terlebih dahulu).
 
b) Data demografi (seperti tarikh lahir, umur dan lain-lain).
 
c) Data teknikal komputer atau teknologi penjejakan (seperti Cookies, Alamat IP, Log Fail, Penandaan, jenis sistem operasi, jenis pelayar web).
 
d) Data Penggunaan Laman Web - data tentang cara anda menggunakan atau menavigasi laman web kami, aplikasi, iklan dalam talian termasuk pautan yang anda klik, halaman yang anda lihat dan untuk tempoh berapa lama, dan lain-lain maklumat yang sama dan/atau statistik seperti tarikh dan masa mengunjung, dari laman mana , resipi kegemaran dan aktiviti laman. 
 
e) Maklum balas pengguna.
 
f) Isi kandungan yang dijana oleh pengguna - Ini termasuk maklumat yang anda buat dan dikongsi dengan kami (dan mungkin yang lain) secara sukarela dengan memuatnaik ke salah satu laman web atau aplikasi kami, termasuklah di rangkaian laman-laman sosial kami (seperti Facebook, Instagram dan lain-lain).
 
g) Maklumat rangkaian sosial - ini termasuk maklumat yang merupakan sebahagian daripada profil anda di rangkaian sosial pihak ketiga (seperti Facebook, Instagram dan lain-lain) di mana anda membenarkan rangkaian sosial pihak ketiga tersebut untuk berkongsi dengan kami.
 
h) Maklumat pembayaran termasuk butiran kad kredit, nama bil dan alamat anda (contohnya apabila anda membeli produk EKA Foodstuff Sdn Bhd dalam talian).
 
i) Maklumat lain yang perlu dikumpulkan oleh kami untuk tujuan peraduan, aktiviti atau kempen tertentu EKA Foodstuff Sdn Bhd, borang, ciri atau perkhidmatan lain yang anda guna atau minta.
 
j) Maklumat peribadi sensitif - ini termasuk maklumat tentang kesihatan fizikal dan mental anda atau keadaan perubatan anda dan kepercayaan agama anda di yang mana ia hanya dikumpulkan dengan persetujuan nyata anda pada masa pengumpulan maklumat tersebut.
 
 
2. Data Peribadi anda hanya akan digunakan bagi tujuan seperti yang telah dinyatakan di bawah. Harap maklum bahawa tujuan penggunaan di bawah tidak semestinya relevan terhadap semua pengguna.
 
a) Menyelenggarakan akaun & keahlian untuk melaksanakan program kesetiaan pengguna atau ganjaran yang berkaitan dengan keahlian anda
 
b) Untuk kaji selidik tahap kefahaman pengguna
 
c) Menambahbaik perkhidmatan pelanggan
 
d) Pengenalan produk baru dan penyesuaian
 
e) Komunikasi dengan pengguna
 
f) Peraduan dan lain-lain promosi
 
g) Komunikasi pemasaran
 
h) Rangkaian sosial pihak ketiga, yang mungkin disepadukan dalam laman atau aplikasi kami bagi tujuan menjalankan peraduan, yang membolehkan anda berkongsi kandungan dengan kawan-kawan dan sebagainya
 
i) Penambahbaikan laman web dan keperibadian
 
j) Ciri-ciri laman web komuniti seperti perkongsian gambar, video, karya seni dan lain-lain mesej atau kandungan
 
k) Ciri-ciri sebaran laman web yang membolehkan anda berkongsi berita terkini, maklumat produk, promosi, senarai hasrat barangan, atau lain-lain kandungan bersama ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan (secara lazimnya, menggunakan nama dan alamat e-mel)
 
l) Pesanan produk
 
m) Untuk tujuan umum lain (seperti keselamatan laman web, penyelidikan dalaman dan sebagainya)
 
 
3. Kami juga ingin memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, seperti kepada ibu pejabat kami, pejabat serantau, anak-anak syarikat, sekutu dan/atau ahli dalam kumpulan EKA syarikat-syarikat, dan/atau pembekal perkhidmatan kami, yang mungkin berada di luar Malaysia, atas sebab-sebab yang berkaitan dengan tujuan di atas.  
 
 
4. Anda boleh mengemaskini data peribadi anda dan menghadkan data peribadi dengan menghantar permintaan berkenaan kepada Bahagian Perkhidmatan Pelanggan kami: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
5. Kami memastikan bahawa semua langkah teknikal dan organisasi yang sewajarnya diambil demi melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi anda yang dikumpulkan menerusi pelbagai cara seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini. Usaha ini termasuk, tetapi adalah tidak terhad kepada:
 
 (a) Menyimpan maklumat peribadi anda dalam keadaan yang dijamin selamat dan yang tidak mudah terdedah kepada orang awam dan hanya boleh diakses oleh kakitangan EKA Foodstuff Sdn Bhd yang diberi kebenaran, dan pihak ketiga lantikan (seperti disebutkan dalam No.1) di mana adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut dengan selamat.
 
(b) Memastikan langkah-langkah keselamatan yang ketat dilaksanakan demi melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi sensitif tertentu (seperti maklumat kad kredit, kad pengenalan dan kesihatan) semasa penghantaran.
 
6. Kami mungkin mengubahsuai dan meminda Notis Privasi dari masa ke semasa. Sebarang pindaan akan diterbitkan di laman web kami. Anda dinasihati untuk menyemak Notis Privasi setiap kali melayari laman web kami agar anda dimaklumkan dengan sepenuhnya versi terbaru yang diterbitkan.
 
Jika anda ada sebarang pertanyaan, cadangan atau aduan mengenai isu pemprosesan maklumat, sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Pelanggan kami melalui emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau no. Telefon: +6011 1231 3198  /  +6011 1231 3205.

© Copyright 2020 EKA FOODSTUFF SDN BHD
• All Right Reserved

X

Right Click

No right click