fbpx

Terma & Syarat

Bahagian A: Butiran Peraduan

 

Penganjur

Eka Foodstuff Sdn Bhd

Peraduan

Kongsi Gaya

Tempoh Peraduan

Tarikh Mula: 1 Julai 2020
Tarikh Akhir: 30 September 2020

Kelayakan

Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh peraduan

Hadiah

1 x HADIAH PERTAMA

RM5,000 TUNAI + EKA HAMPER

 

1 x HADIAH KEDUA

RM3,000 TUNAI + EKA HAMPER

 

1 x HADIAH KETIGA

RM1,000 TUNAI + EKA HAMPER

 

10 x HADIAH SAGUHATI

RM100 TUNAI + EKA HAMPER

Kaedah Penyertaan

1.  Penyertaan adalah melalui Facebook dan mengikut Langkah di bawah:
a. Beli produk EKA dan masak satu hidangan kegemaran anda
b. Ambil gambar dengan masakan anda dalam aksi paling bergaya
c. Paparkan gambar anda di Facebook EKA dan masukkan hashtag #kongsigaya, #ekaenak dan #ekabihun bagi setiap gambar dimuatnaik.                                                                                                                                                                                       d. Pastikan post anda ditetapkan kepada “UMUM” sepanjang peraduan sehingga pemenang peraduan diumumkan
e. Kongsikan post anda di Facebook Eka ke akaun peribadi untuk mengumpul like.                                                                     f. Peserta yang berpeluang untuk menang akan dipilih berdasarkan jumlah 'Likes' Facebook yang diterima sehingga peraduan berakhir pada 30 September 2020. Pemenang akan ditentukan oleh panel hakim yang dipilih oleh penganjur.

2. Perserta dibenarkan lebih daripada satu penyertaan sepanjang tempoh peraduan.

3. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang dianggap tidak mematuhi syarat penyertaan, tidak sesuai, suspek pemalsuan atau penipuan. 

4. Pemenang yang ditentukan perlu menghantar maklumat peribadi yang diperlukan oleh pihak penganjur untuk maklumat hadiah.

Pemberitahuan Kemenangan dan Penebusan Hadiah

  1. Penganjur akan mengumumkan melalui Facebook EKA selewat-lewatnya 30 hari selepas peraduan tamat 
  2. Pemenang yang disenaraikan yang gagal dihubungi oleh penganjur akan dibatalkan.
  3. Satu sesi penyampaian hadiah akan diadakan pada masa yang ditetapkan.

 

Bahagian B: Syarat-syarat Penyertaan

1. Panduan Am

1.1 Peraduan ini dianjur oleh Eka Foodstuff Sdn Bhd, juga dikenali sebagai EKA MALAYSIA (dirujuk sebagai penganjur) dan tidak bergabung dengan mana-mana jenama. 

1.2 Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

1.3 Peserta mesti membaca dan memahami syarat-syarat penyertaan bersama Jadual Syarat Penyertaan. Kedua-dua syarat-syarat penyertaan dan Jadual Syarat Penyertaan di rujuk sebagai “Terma dan Syarat”

1.4 Penganjur berhak, pada bila-bila masa mengubah terma dan syarat termasuk mengubah Tempoh Peraduan, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan secara keseluruhan atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada terma dan syarat, peserta bersetuju bahawa Penyertaan berterusan mereka dalam peraduan akan menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah). 

1.5 Keputusan penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua peserta. Sebarang surat menyurat atau rayuan berkaitan pengadilan dan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.

 

2. Kriteria Penyertaan 

2.1 Peserta dianggap bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan selepas mengemukakan penyertaan anda.

2.2 Peserta kena menanggung segala perbelanjaan berhubung dengan peraduan ini. Semua kos dan perbelanjaan adalah seperti caj telekomunikasi, perkhimatan pesanan ringkas, pos dan semua caj lain adalah tanggungan peserta.

2.3 Bukti penhantaran penyertaan bukanlah bukti penerimaan. Penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan terhadap kehilangan penyertaan, kerosakan atau kelewatan akibat daripada sebarang kegagalan rangkaian, perkakasan atau perisai komputer bagi apa jua jenis kejadian lain yang sama ada tidak dijangka atau di luar kawalan munasabah langsung.

  

3. Hadiah

3.1 Penganjur dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap peserta yang gagal menuntut hadiah menurut ketetapan Tuntutan Hadiah / Tarikh Penyampaian. Penganjur berhak menentukan pengurusan hadiah yang tidak dituntut.

3.2 Pemenang hadiah tidak boleh dipindah milik, diserah hak dan ditebus dengan cara lain selain daripada ditetapkan olen pengajur.

3.3 Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan dalam Jadual Terma dan Syarat penyertaan.

3.4 Semua hadiah mesti dituntut mengikut terma dan syarat penganjur.

3.5 Hadiah mestilah dituntut sendiri melainkan penganjur menetapkan cara lain untuk tuntutan.

3.6 Pemenang di bawah umur 18 tahun ke bawah mesti ditemani oleh ibubapa atau penjaga sah mereka sepanjang upacara penyampaian hadiah.

 

4. Publisiti

Penganjur boleh menggunakan hasil kerja peserta tanpa batasan, ini termasuk foto, gambar, teks, dan isi kandungan atau maklumat lain yang dihantar untuk tujuan pertandingan (dirujuk secara kolektif sebagai “bahan"), dan nama peserta untuk pengiklanan, publisiti dan promosi barang penganjur, untuk masa yang tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan dan melalui semua rangkaian media.

 

5. Hak Penganjur

5.1 Dalam peraduan ini, penganjur berhak membuat pertukaran, pembatalan, penamatan atau pergantungan hadiah, tanpa pemberitahuan notis terlebih dahulu. Penganjur juga mempunyai hak mutlak untuk menggantikan hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya tanpa pemberitahuan notis terlebih dahulu. Dimaklumkan bahawa semua hadiah yang dituntut tidak boleh ditukar dengan barangan lain atau ditunaikan. 

5.2 Pada akhir peraduan, keputusan penganjur adalah muktamad. Tiada sebarang surat-menyurat yang akan dilayan.

5.3 Penyertaan dalam peraduan ini dan penerimaan hadiah menandakan kebenaran diberi kepada penganjur untuk menggunakan nama dan gambar peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan dan tidak perlu pemberitahuan notis terlebih dahulu.

5.4 Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerosakan, kecacatan atau kecurian hadiah semasa dan selepas kutipan hadiah. 

5.5 Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap apa jua kesilapan pencetakan yang tertera pada bahan atau medium publisiti yang diedarkan di pasaran.

5.6 Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang disenaraikan dan menerima bahawa semua keputusan penganjur adalah muktamad dan penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.

 

6. Hak Harta Intelek

Peserta bersetuju bahawa semua hak harta intelek dalam apa-apa isi kandungan dan / atau bahan yang dihantar oleh peserta berkaitan dengan peraduan ini akan dipegang dan dimiliki oleh pihak penganjur. Penganjur berhak menggunakan dan mengubah bahan atau hasil karya anda yang difikirkan sesuai tanpa pampasan kepada peserta dan peserta bersetuju memindah hak yang dimilikinya kepada penganjur.

 

7. Notis di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

7.1 Apabila anda menyertai Peraduan Kongsi Gaya, anda bersetuju bahawa EKA Foodstuff Sdn Bhd dan pembekal, ejen dan kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami untuk sebarang pemprosesan maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam peraduan ini. Maklumat yang dimaksudkan termasuk pendedahan nama, gambar dan lain-lain maklumat anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

7.2 Penganjur berhak menggunakan maklumat peribadi anda dalam urusan menghantar malumat atau bahan-bahan pemasaran, promosi mengenai produk kami, sampel, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. 

7.3 Dalam situasi di mana anda perlu ataupun telah mendedahkan maklumat peribadi seseorang kepada penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi maklumat peribadinya dengan kami dan untuk dihubungi oleh kami.

7.4 Bagi golongan bawah umur atau individu yang tidak layak di bawah undang-undang, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan mereka bersetuju dengan pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini. 7.5 Dalam keadaan tertentu, pihak penganjur mungkin melantik pihak ketiga untuk memproses maklumat peribadi anda. Penganjur akan memastikan pihak ketiga yang dilantik terikat dalam kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Notis Privasi kami yang dimuat naik di http://www.eka.com.my

7.6 Setakat dibenarkan dalam undang-undang, anda berhak meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami.

7.7 Untuk keterangan lanjut mengenai Notis Privasi kami, sila rujuk kepada Notis Privasi kami yang dimuat naik di http://www.eka.com.my. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi kami dari semasa ke semasa.

 

© Copyright 2020 EKA FOODSTUFF SDN BHD
• All Right Reserved

X

Right Click

No right click