Skip to main content

Syarat & Terma

A: Butiran Peraduan

Penganjur: Bersatu Food Industries Sdn. Bhd.

Peraduan: TikTok: Kongsi Gaya Makan

Tempoh Peraduan Tarikh Mula: 1 Mac 2024 (00:00:00am)

Tarikh Akhir: 30 April 2024 (23:59:59pm)

Kelayakan: Peraduan ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke  atas dalam tempoh peraduan. Penganjur berhak untuk meminta bukti  dokumen asal pengenalan diri untuk tujuan pengesahan umur.

Tarikh Tutup Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur selewat-lewatnya pada 30 April 2024 (23:59:59pm). Semua Penyertaan yang diterima selepas tempoh penyertaan akan dibatalkan secara automatik.

Hadiah * Hadiah Pertama: RM400 Tunai + RM100 Baucar Beli-belah TikTok x 1    pemenang

* Hadiah Kedua: RM200 Tunai + RM100 Baucar Beli-belah TikTok x 2    pemenang

* Hadiah Ketiga: RM100 Tunai + RM50 Baucar Beli-belah TikTok x 3    pemenang

* Hadiah Saguhati: RM50 Baucar Beli-belah TikTok x 10 pemenang

Kaedah Penyertaan:

1. Cipta TikTok video (antara 30 saat sehingga 2 minit) dengan kreativiti anda menikmati produk EKA.

2. Muat naik video anda dan tag @eka.malaysia diikuti hashtag #kongsigayamakan.

3. Paparkan video anda di akaun TikTok sendiri.

4. Semua akaun yang menghantar video mesti ditetapkan kepada umum.

5. Peserta boleh paparkan beberapa video tetapi hanya satu penyertaan boleh memenangi hadiah.

Peringatan:

1. Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas masalah hak cipta yang dikemukakan oleh peserta.

2. Segala jenis peniruan dilarang sama sekali dan akan mengakibatkan pembatalan peserta. 

3. Peserta bersetuju untuk tidak menggunakan info yang melanggarkan hak intelektual pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terbatas pada, hak cipta atau hak dagang, atau hak privasi atau publisiti.

4. Penyertaan video secara automatik mengesahkan bahawa Peserta bersetuju dengan semua peraturan rasmi.

Pemberitahuan Kemenangan dan Penebusan Hadiah: 

  1. Penganjur akan mengumumkan melalui EKA Malaysia TikTok selewat-lewatnya 30 hari selepas peraduan tamat.
  2. Pemenang yang disenaraikan yang gaggle dihubungi oleh penganjur akan dibatalkan

Proses Penghakiman & Pemilihan:

1. Semua proses penghakiman memerlukan kehadiran wakil EKA Malaysia sebagai saksi prosedur penghakiman dan pemilihan.

2. Kriteria untuk menilai penyertaan yang layak menjadi pemenang adalah seperti berikut:

(a) Penyertaan anda dengan topik peraduan adalat relevan

(b) Kualiti Keseluruhan Video

(c) Keaslian dan Visual yang Menarik

(d) Nilai Hiburan

(e) Kreativiti dan Penglibatan

3. Penganjur dan Hakim berhak untuk mengeluarkan mana-mana penyertaan daripada peraduan yang melanggar mana-mana peraturan peraduan, Terma dan Syarat atau boleh menjejaskan nama peraduan. Penyertaan sedemikian akan dibatalkan kelayakannya.

4. Semua keputusan Hakim dianggap muktamad.

Bahagian B: Syarat-syarat Penyertaan

1. Panduan Am

    1. Peraduan ini dianjur oleh Bersatu Food Industries Sdn. Bhd., juga dikenali sebagai EKA MALAYSIA (dirujuk sebagai penganjur) dan tidak bergabung dengan mana-mana jenama lain.
    2. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. 
    3. Peserta mesti membaca dan memahami syarat-syarat penyertaan bersama Jadual Syarat Penyertaan. Kedua-dua syarat-syarat penyertaan dan Jadual Syarat Penyertaan dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”
    4. Penganjur berhak, pada bila-bila masa mengubah terma dan syarat termasuk mengubah Tempoh Peraduan, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan secara keseluruhan atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada terma dan syarat, peserta bersetuju bahawa Penyertaan berterusan mereka dalam peraduan adalah tanda penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah).
    5. Keputusan penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua peserta. Sebarang surat menyurat atau rayuan berkaitan pengadilan dan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.
    6. Sc,.Semua peserta mesti menggunakan bunyi dan/atau muzik yang sesuai dengan skit/tarian/penampilan yang sesuai untuk video yang diserahkan. Penyerahan peraduan tidak boleh mengandungi jenama produk atau perkhidmatan lain, atau sebarang kandungan lucah, ganas, perkauman atau fitnah.
    7. Penyertaan yang tidak lengkap atau penyertaan yang tidak mematuhi peraturan rasmi akan dibatalkan secara automatik.

2. Kriteria Penyertaan 

    1. Peserta dianggap bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan selepas mengemukakan penyertaan anda.
    2. Peserta kena menanggung segala perbelanjaan berhubung dengan peraduan ini. Semua kos dan perbelanjaan adalah seperti caj telekomunikasi, perkhimatan pesanan ringkas, pos dan semua caj lain adalah tanggungan peserta.
    3. Bukti penhantaran penyertaan bukanlah bukti penerimaan. Penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan terhadap kehilangan penyertaan, kerosakan atau kelewatan akibat daripada sebarang kegagalan rangkaian, perkakasan atau perisai komputer bagi apa jua jenis kejadian lain yang sama ada tidak dijangka atau di luar kawalan munasabah langsung.

  

3. Hadiah

    1. Penganjur dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap peserta yang gagal menuntut hadiah menurut ketetapan Tuntutan Hadiah / Tarikh Penyampaian. Penganjur berhak membuat keputusan terhadap pengurusan hadiah yang tidak dituntut.
    2. Pemenang hadiah tidak boleh dipindah milik, diserah hak dan ditebus dengan cara lain selain daripada ketetapan yang dibuat oleh Penganjur.
    3. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan dalam Jadual Terma dan Syarat penyertaan.
    4. Semua hadiah mesti dituntut mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Penganjur.
    5. Hadiah mestilah dituntut oleh pemenang sendiri melainkan Penganjur menetapkan cara lain untuk tuntutan.

4. Publisiti

Penganjur boleh menggunakan hasil kerja peserta tanpa sebarang Batasan. Ini termasuk foto, gambar, teks, dan isi kandungan atau maklumat lain yang dihantar untuk tujuan pertandingan (dirujuk secara kolektif sebagai “bahan"), dan nama peserta untuk pengiklanan, publisiti dan promosi barangan produk penganjur, untuk masa yang tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan dan melalui semua rangkaian media.

 

5. Hak Penganjur

    1. Dalam peraduan ini, penganjur berhak membuat penukaran, pembatalan, penamatan atau pergantungan hadiah, tanpa pemberitahuan notis terlebih dahulu. Penganjur juga mempunyai hak mutlak untuk menggantikan hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya tanpa pemberitahuan notis terlebih dahulu. Dimaklumkan bahawa semua hadiah yang dituntut tidak boleh ditukar dengan barangan lain atau ditunaikan.
    2. Pada akhir peraduan, keputusan penganjur adalah muktamad. Tiada sebarang surat-menyurat yang akan dilayan.
    3. Penyertaan dalam peraduan ini dan penerimaan hadiah menandakan kebenaran diberi kepada penganjur untuk menggunakan nama dan gambar peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan dan tidak perlu pemberitahuan notis terlebih dahulu.
    4. Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerosakan, kecacatan atau kecurian hadiah semasa dan selepas kutipan hadiah. 
    5. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap apa jua kesilapan pencetakan yang tertera pada bahan atau medium publisiti yang diedarkan di pasaran.
    6. Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang disenaraikan dan menerima bahawa semua keputusan penganjur adalah muktamad dan penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.

 

6. Hak Harta Intelek

Peserta bersetuju bahawa semua hak harta intelek dalam apa-apa isi kandungan dan / atau bahan yang dihantar oleh peserta berkaitan dengan peraduan ini akan dipegang dan dimiliki oleh pihak penganjur. Penganjur berhak menggunakan dan mengubah bahan atau hasil karya anda yang difikirkan sesuai tanpa pampasan kepada peserta dan peserta bersetuju memindah hak yang dimilikinya kepada penganjur.

 

7. Notis di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

    1. Apabila anda menyertai peraduan, anda bersetuju bahawa EKA Foodstuff Sdn Bhd dan pembekal, ejen dan kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami untuk sebarang pemprosesan maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam peraduan ini. Maklumat yang dimaksudkan termasuk pendedahan nama, gambar dan lain-lain maklumat anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
    2. Penganjur berhak menggunakan maklumat peribadi anda dalam urusan menghantar malumat atau bahan-bahan pemasaran, promosi mengenai produk kami, sampel, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur.
    3. Dalam situasi di mana anda perlu ataupun telah mendedahkan maklumat peribadi seseorang kepada penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi maklumat peribadinya dengan kami dan untuk dihubungi oleh kami.
    4. Dalam keadaan tertentu, pihak penganjur mungkin akan melantik pihak ketiga untuk memproses maklumat peribadi anda. Penganjur akan memastikan pihak ketiga yang dilantik terikat dalam kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Notis Privasi kami yang dimuat naik di http://www.eka.com.my.
    5. Setakat dibenarkan dalam undang-undang, anda berhak meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami.
    6. Untuk keterangan lanjut mengenai Notis Privasi kami, sila rujuk kepada Notis Privasi kami yang dimuat naik di http://www.eka.com.my. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi kami dari semasa ke semasa.